Bantuan Pematuhan Pensijilan Halal di Bawah Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal
SME Corp. Malaysia telah diberi mandat untuk melaksanakan Bantuan Pematuhan Pensijilan Halal atau sebelum ini dikenali juga dikenali sebagai Reach Out To Entrepreneur Programme (ROTE) yang bertujuan membantu syarikat-syarikat PMKS di Malaysia mendapatkan pensijilan halal. Bantuan yang diberikan adalah pembiayaan berbentuk geran bagi kos-kos yang terlibat dalam mendapatkan pensijilan halal Malaysia dengan nilai maksimum sebanyak RM10,000.00 setiap syarikat.
