Program MyInnoCERT
Program pensijilan 1-InnoCERT (Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation) telah diperkenalkan oleh SME Corp. Malaysia dan SIRIM sebagai rakan pelaksana sejak tahun 2010. Program pensijilan 1-InnoCERT ini bertujuan untuk menggalak dan membangunkan syarikat berinovatif di Malaysia sepertimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Inovasi Negara dan Majlis Inovasi Negara.
Pensijilan 1-InnoCERT yang diberikan akan mengenal pasti dan mengesahkan syarikat inovatif melalui standard inovasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebanyak 163 syarikat telah menerima pensijilan 1-InnoCERT ini sejak tahun 2010.
Pada tahun 2024, SME Corp. Malaysia memperkenalkan Program MyInnoCERT yang lebih mesra pengguna dan mudah bagi syarikat membuat penilaian kendiri (self-assessment) bagi mengetahui tahap inovasi syarikat, meningkatkan tahap inovasi serta menggalakkan pertumbuhan di kalangan PKS melalui program pembangunan kapasiti.
