PEMBIAYAAN PENGUKUHAN PKS (SMERF)
Menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh kepada PKS berdaya maju yang menghadapi kekangan kewangan, termasuklah PKS dari sektor terpinggir. Ia bertujuan untuk meningkatkan kecairan aliran tunai PKS bagi membantu mereka mencapai matlamat perniagaan dengan mengukuhkan teras utama, meningkatkan kapasiti dan kebolehan pasaran, serta meningkatkan tahap produktiviti, di samping mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Program ini juga menyediakan akses pembiayaan kepada PKS dengan syarat minimum, sama ada untuk PKS baharu atau yang berdaya maju. Di samping itu, ia bertujuan untuk mewujudkan perniagaan yang lebih kompetitif melalui peningkatan kebolehan pasaran produk, pengembangan pasaran, serta adaptasi teknologi dan modenisasi.
Jumlah Pembiayaan:
RM50,000.00 sehingga RM250,000.00
Peratusan Pembiayaan :-
- Sehingga 90% daripada jumlah kos berdasarkan perbelanjaan yang layak
Tempoh Bayaran Balik:
Sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium dan tempoh tangguh
