PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA (UBES)
Program ini memberi fokus kepada belia dan beliawanis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat IPTA/IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.
- Latihan Keusahawanan & Bimbingan Dalam Perniagaan.
- Geran Peralatan sebanyak RM5,000.00.
- Geran Pembangunan Perniagaan (Kepada Yang Layak Sahaja) sehingga RM2,000.00.
- Coaching / Pemantauan Perniagaan.
