PROGRAM AGROMAKANAN (TANAMAN JANGKA PENDEK)
PROGRAM BANTUAN AGROMAKANAN RISDA:
Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu Pekebun Kecil meningkatkan penghasilan dan pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Program Agromakanan RISDA (PAM) ini adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.
OBJEKTIF PROGRAM AGROMAKANAN RISDA:
- Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan Pekebun Kecil.
- Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk menjalankan aktiviti pertanian selain getah seperti tanaman jangka pendek dan ternakan.
- Menggalakkan Pekebun Kecil untuk menerokai sumber baharu untuk meningkatkan pendapatan.
- Untuk menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara.
- Sasaran peningkatan pendapatan Pekebun Kecil kepada RM500.00/bulan pada akhir tahun 2025.
- Kumpulan RISDA Holdings (KRH)/Koperasi Pekebun Kecil (KPK)/Syarikat Bumiputera menguruskan
15 Orang : RM 300,000.00/Projek.
- Kumpulan RISDA Holdings (KRH)/Koperasi Pekebun Kecil (KPK) melaksanakan projek bagi
- 15 Orang : RM 300,000.00/Projek.
pihak Pekebun Kecil.
- Penyediaan & pembersihan kawasan.
- Bina baru/baik pulih infra ladang.
- Sistem pengairan & perparitan.
- Kemudahan elektrik & air.
- Kemudahan pagar.
- Papan tanda.
- Input pertanian.
- Baka ternakan.
- Makanan ternakan & ubat-ubatan.
- Peralatan/mesin/jentera.
- Kemudahan pembungkusan/label.
- Teknologi pertanian moden.
- Kajian tanah.
- Khidmat perundingan & promosi.
- Latihan, khidmat nasihat & bimbingan.
- Perlindungan insurans projek dari bencana alam, penyakit dan sebagainya.
- Lain-lain keperluan yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
