PEMBANGUNAN USAHAWAN (PEMASARAN)
-RISSMART-
RisSMart bertujuan bagi menyediakan kemudahan premis perniagaan dilokasi strategik, sesuai dengan trend dan keperluan semasa bagi mempromosikan produk usahawan bimbingan RISDA. Jangkaan impak adalah bagi membantu meningkatkan pendapatan Pekebun kecil kepada RM4,000 sebulan sekeluarga.
Tempoh Kontrak Pengoperasian
Usahawan akan diberikan 3 bulan tempoh percubaan memulakan perniagaan di RisSMart tanpa dikenakan caj sewaan. Jawatankuasa Penilai seterusnya akan membuat penilaian prestasi perniagaan sebelum dipersetujui untuk diberikan kontrak setahun berniaga dengan melibatkan pemeteraian perjanjian RisSMart dengan dikenakan caj sewaan yang berpatutan.
