Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
PROGRAM AGROMAKANAN (TERNAKAN)
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  Bantuan  »  PROGRAM AGROMAKANAN (TERNAKAN)
PROGRAM AGROMAKANAN (TERNAKAN)

PROGRAM AGROMAKANAN (TERNAKAN)

PROGRAM BANTUAN AGROMAKANAN RISDA:


Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu Pekebun Kecil meningkatkan penghasilan dan pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Program Agromakanan RISDA (PAM) ini adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

OBJEKTIF PROGRAM AGROMAKANAN RISDA:

  • Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari sumber getah dengan memfokuskan bidang agromakanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan Pekebun Kecil.
  • Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk menjalankan aktiviti pertanian selain getah seperti tanaman jangka pendek dan ternakan.
  • Menggalakkan Pekebun Kecil untuk menerokai sumber baharu untuk meningkatkan pendapatan.
  • Untuk menyokong dan memenuhi Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Sekuriti Makanan Negara.
  • Sasaran peningkatan pendapatan Pekebun Kecil kepada RM500.00/bulan pada akhir tahun 2025.
  • Kumpulan sasar program ini adalah Pekebun Kecil dan Integrator.
  • Warganegara Malaysia : Pekebun Kecil/Ahli Isi Rumah (AIR), Berumur : 18-60 tahun dan berdaftar dengan RISDA.
  • Peserta Program Tanam Semula.
  • Hak milik tanah atau surat kebenaran guna atau sewa tanah min 2 tahun (jenis projek/break even point).
  • Berkemampuan menjalankan projek separuh/sepenuh masa.
  • Menghadiri Kursus Agromakanan yang dianjurkan RISDA.
  • Bersetuju dengan agihan keuntungan 60:40 (antara Ketua Kumpulan & Ahli lain) bagi projek Pekebun Kecil Berkelompok (3-5 orang).
  • Peserta bersedia untuk membiayai kos projek selain daripada bantuan RISDA.
  • Keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon.
  • Peserta AET/PPP KDW tidak layak mohon bantuan dalam tempoh 2 tahun.


  • Warganegara Malaysia.
  • Kumpulan RISDA Holdings (KRH) atau Koperasi Pekebun Kecil seliaan RISDA atau Syarikat Bumiputera Tempatan yang berlatarbelakangkan bidang pertanian dan mempunyai pengalaman menjalankan projek/perniagaan berkaitan bidang pertanian atau:
  • Usahawan Agromakanan atau Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang berpengalaman mempunyai kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baharu dan mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh.
  • Berlatar belakang bidang pertanian dan ada pengalaman menjalankan projek yang dipohon.
  • Mempunyai kepakaran dan berkeupayaan membentuk usahawan baharu.
  • Hak milik tanah/surat kebenaran guna atau sewa tanah minimum 2 tahun (jenis projek/break even point).
  • Telah berdaftar SSM/PBT/MOF atau mana-mana lesen berkaitan.
  • Kewangan stabil 10% daripada nilai bantuan.
  • Integrator ejen pelaksana - urus projek sendiri tanpa pihak ke-3.
  • Mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh.
  • Bersedia untuk membiayai kos projek selain bantuan RISDA.
  • Keluasan tanah projek adalah munasabah dengan nilai bantuan yang dipohon.
  • Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak yang bersesuaian.
  • Bersetuju dengan agihan keuntungan 50:50 (Ketua Kumpulan & Ahli) bagi projek Pekebun Kecil Berkelompok.
  • Sedia SOP projek, pelan pelaksanaan dan pemasaran yang lengkap.
Paparan Penuh Klik Disini