PROGRAM PRODUKTIVITI PEMASARAN (PROGRAM GETAH MATANG)
Program Getah Matang telah dilaksanakan oleh RISDA bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7) dan ditambah baik dari tahun ke tahun menerusi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sehingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Pelaksanaan Program Getah Matang yang dilaksanakan adalah meliputi Program Skim Getah Matang (SGM), dan Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Syarat – syarat kelayakan bagi Program Skim Getah Matang (SGM) adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar dengan RISDA sebagai pekebun kecil.
- Hak milik kebun yang sah.
- Jumlah kelayakan bagi setiap pemohon (SGM 1, SGM 2, SGM 3, SGM 4, dan SGM 5) adalah maksimum 4.0 hektar.
- Kebun getah matang kecuali kebun yang diurus oleh agensi.
- Kebun sentiasa diselenggara mengikut Amalan Pertanian Yang Baik (GAP).
- Pekebun kecil juga hendaklah bersetuju bekerjasama dengan pihak RISDA untuk mendapatkan maklumat berkaitan pekebun kecil dan kebun.
