Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
PROGRAM PRODUKTIVITI PEMASARAN (BANTUAN MUSIM TENGKUJUH)
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  Bantuan  »  PROGRAM PRODUKTIVITI PEMASARAN (BANTUAN MUSIM TENGKUJUH)
PROGRAM PRODUKTIVITI PEMASARAN (BANTUAN MUSIM TENGKUJUH)

PROGRAM PRODUKTIVITI PEMASARAN (BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BMT)

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

Penerima yang layak adalah Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).

Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
  • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  • Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Paparan Penuh Klik Disini