BANTUAN TANAM SEMULA (BEKALAN INPUT PERTANIAN)
Pembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil. Proses pembajaan bermula dari peringkat penentuan jenis dan jumlah baja, pembelian, penyimpanan dan membaja di ladang. Nutrien di dalam baja mestilah mencukupi untuk pengeluaran hasil yang menguntungkan tanpa pembaziran. Penentuan kadar baja bergantung kepada jenis tanah, faktor alam sekitar dan juga faktor ekonomik.
RISDA Memberi Bantuan Baja Premium Kepada Semua Pekebun Kecil Yang Terlibat Dengan Program Berikut :
- Program Tanam Semula
- Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)
- Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG)
Bagi Menjamin Kualiti Baja Yang Dibekalkan Berkualiti Serta Memenuhi Spesifikasi Yang Ditetapkan, Semua Baja yang Dibekalkan Oleh RISDA Kepada Pekebun Kecil Perlu Melalui Proses Pengujian Seperti Pengujian Nutrien, Kelembapan, Kualiti Spesifikasi Fizikal (Persampelan), Timbangan, dan Pembungkusan.
