BANTUAN TANAM SEMULA (PROGRAM SOKONGAN)
Membina infrastruktur asas pertanian di kawasan getah muda. Program ini bertujuan untuk membantu peserta tanam semula supaya memudahkan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan kebun dilakukan dan dapat membantu peserta bagi mengatasi kekangan kos pembangunan dan pengurusan kebun.Kadar permohonan boleh rujuk di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran.
Syarat Program Bantuan:
- Khusus untuk peserta projek Tanam Semula Berkumpulan. Bagi permohonan individu hendaklah permohonan PAP tersebut memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 lot pekebun kecil yang berhampiran samada di peringkat pembangunan dan penghasilan.
Kadar Bantuan:
- Mengikut komponen serta harga pasaran tempatan.
