PEMBANGUNAN USAHAWAN - ENTRY POINT PROJEK
(AET START-UP)
Skim Insentif Start-up merupakan pemberian Insentif Permulaan Perniagaan kepada pekebun kecil atau AIR yang bercadang hendak memulakan atau baru menjalankan sesuatu perniagaan. Start-up juga merujuk kepada usahawan dalam kategori Pico yang mana perniagaannya masih di peringkat awal penubuhan dan sehingga sesuatu tempoh tertentu yang telah memperoleh jualan kurang daripada RM60,000.00 setahun. Selepas setahun menyertai skim ini, usahawan dijangka akan mencapai jualan melebihi RM60,000.00 setahun.
Syarat Program Bantuan
1. Pemohon mestilah seorang pekebun kecil atau AIR yang belum memulakan perniagaan atau
2. Pemohon yang telah menjalankan perniagaan kurang daripada 3 tahun dengan jualan kurang daripada RM60,000.00
Kadar Bantuan
Had maksimum bantuan Skim Insentif Start-up Secara Individu adalah RM10,000.00 sekeluarga. Bantuan perlu mengikut skop yang ditetapkan berdasarkan keperluan perniagaan pemohon. Keutamaan perlu diberikan kepada komponen di bawah skop bantuan yang boleh membantu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500.00 sebulan sekeluarga.
