BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN
Bantuan Sara Hidup Nelayan ialah bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen, Program ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.
Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:-
- Pemilik vesel perikanan zon A;
- Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat; dan
- Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia.
