SKIM SUBSIDI DIESEL DAN PETROL NELAYAN
Skim ini mula dilaksanakan pada tahun 2006 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran. Pada 2021 sebanyak 51,926 pemilik vesel telah menerima subsidi minyak diesel dan petrol. Jumlah penyaluran diesel dan petrol bersubsidi pada 2021 bagi zon tangkapan A, B dan C berjumlah 637,843,954 liter manakala bagi zon tangkapan C2 telah dimansuhkan pemberian diesel bersubsidi.
Syarat kelayakan untuk memohon skim ini adalah :
a) Memiliki
Mykad (Biru),
b) Memiliki
lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,
atau
c)Memiliki
lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan
Pelabuhan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Menangkap Ikan oleh Jabatan
Perikanan Sabah.
