PENDAFTARAN PERNIAGAAN (PEMILIKAN TUNGGAL / PERKONGSIAN)
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam dibawah peruntukan AKta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
Dua (2) bentuk perniagaan:
- Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
- Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimiliki oleh sekurang-skurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi
