Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
AGROBAZAAR R&R
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  Bantuan  »  AGROBAZAAR R&R
AGROBAZAAR R&R

AGROBAZAAR R&R

Projek Agrobazaar merupakan sebuah premis milik FAMA atau milik usahawan yang dinaik taraf sebagai satu platform menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan serta lain-lain hasil berasaskan pertanian. Terdapat 4 komponen  dibawah Agrobazaar seperti berikut:-


Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)

Agrobazaar Rakyat (ABR)

Agrobazaar R&R

Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS)

Bantuan Insentif yang ditawarkan di bawah projek Agrobazaar adalah seperti berikut :-

  • Naik taraf ruang jualan produk segar.
  • Pemasangan papan tanda Agrobazaar yang seragam.
  • Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan.
  • Pembekalan peralatan rak-rak peragaan barangan.
  • Kemudahan ruang bagi menjalankan perniagaan dibawah seliaan pihak FAMA.
  • Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan.

  • Bangunan yang mempunyai lot-lot kedai didalamnya yang dibangunkan oleh FAMA dengan imej tersendiri dari segi rekabentuk dan warna cat.​
  • ​​​​Berkonsepkan hentian rehat & rawat yang bersih, selesa dan santai. Lengkap dengan kemudahan tandas awam, surau dan tempat letak kenderaan selain daripada lot-lot perniagaan.
  • Premis perniagaan runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf untuk menjalankan perniagaan menjual barangan segar dan barangan keperluan harian secara runcit.
  • Sebagai platform penyaluran produk makanan kepada pengguna pada harga produk yang berpatutan.

Paparan Penuh Klik Disini