AGROBAZAAR RAKYAT
Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Pemasangan papan tanda perniagaan dan papan tunjuk arah yang seragam.
Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan.
Menaiktaraf ruang jualan hasil-hasil pertanian seperti pemasangan lantai seramik, singki pembasuhan, meja pemotongan dan timbangan serta lain-lain keperluan yang berkaitan berdasarkan kepada Kelulusan.
Pinjaman peralatan rak-rak peragaan barangan seperti rak wall gondola, rak Island gondola, rak end gondola, palet, rak sayur-sayuran, set tong ikan lengkap dengan kerangka besi, freezer dan chiller.
Pembekalan bahan-bahan promosi seperti bunting, flagline, plak peranan Agro Bazaar Kedai Rakyat dan lain-lain yang bersesuaian.
Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti Kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan.
- Pemasangan papan tanda perniagaan dan papan tunjuk arah yang seragam.
- Mengecat semula premis di bahagian luar dan dalam premis perniagaan.
- Menaiktaraf ruang jualan hasil-hasil pertanian seperti pemasangan lantai seramik, singki pembasuhan, meja pemotongan dan timbangan serta lain-lain keperluan yang berkaitan berdasarkan kepada Kelulusan.
- Pinjaman peralatan rak-rak peragaan barangan seperti rak wall gondola, rak Island gondola, rak end gondola, palet, rak sayur-sayuran, set tong ikan lengkap dengan kerangka besi, freezer dan chiller.
- Pembekalan bahan-bahan promosi seperti bunting, flagline, plak peranan Agro Bazaar Kedai Rakyat dan lain-lain yang bersesuaian.
- Kursus Keusahawanan Agrobazaar seperti Kursus Asas Perniagaan, Kejurujualan, Kewangan, Peragaan, Pengurusan stor dan lain-lain yang berkaitan.
Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut:
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
