JKOPIESATU
Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Konsep kiosk/lot kedai :
- Di mana model ini sesuai untuk jualan di kompleks membeli belah, hypermarket dan juga kawasan tumpuan perniagaan (pejabat) dengan konsep bungkus dan bawa pulang (take away) supaya dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dari biasa kerana lokasi yang padat dan sesak dengan orang ramai. Kawasan tumpuan orang ramai dapat menjamin jualan yang tinggi dengan kecekapan pemasaran serta produk yang baik dan berkualiti.
Konsep mobile (Movan / Wagon) :
- Kopiesatu juga menawarkan konsep perniagaan secara mobile iaitu konsep 'foodtruck'. Konsep ini adalah contoh konsep untuk pilihan usahawan berniaga secara fleksibel sama ada berniaga di pasar tani FAMA, kawasan selenggara PBT atau menyertai mana mana karnival dan ekspo yang sesuai.
