Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
PENJENAMAAN AGROMAS
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  Bantuan  »  PENJENAMAAN AGROMAS
PENJENAMAAN AGROMAS

PENJENAMAAN AGROMAS

Projek penjenamaan AgroMas merupakan program FAMA dalam membangunkan produk-produk usahawan di mana FAMA bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pemasaran produk tersebut.

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Asas Tani
  • Pemasaran
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian 
  • Agropelancongan

  • Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Agropreneur Muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. 
  • Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. 
  • Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangkamasa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.

Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:

  • TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek.
  • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek.

  • Khidmat secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MAFI berkaitan dengan projek yang dijalankan.

  • Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Jabatan/Agensi MAFI sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa. (Permohonan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan).

  • Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.  Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat permohonan baru pada fasa berikutnya.

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.
Paparan Penuh Klik Disini