PROGRAM TERAJU SMART FARMING
Program Pembiayaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui Pertanian Pintar ialah program pembiayaan yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera untuk mengimplementasikan pertanian moden dan pintar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran pertanian. Program ini bertujuan untuk menyokong agenda TERAJU dalam memperkasakan pengeluaran makanan negara bagi menjamin kelestarian bekalan makanan dan alam sekitar pada masa hadapan.
