AGROMAKANAN (PENJANA)
AGROMAKANAN (PENJANA) merupakan satu skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada komuniti usahawan mikro dan usahawan dari kategori B40 yang terlibat dalam sektor pertanian dan aktiviti pengeluaran makanan bagi mengharungi cabaran ekonomi pasca pandemik COVID-19.
Tawarruq terdiri daripada dua (2) kontrak jual beli. Transaksi pertama melibatkan penjualan komoditi oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Kemudiannya pembeli kepada transaksi jualan yang pertama akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.
Usahawan mikro dan juga usahawan kategori B40 yang terlibat dalam aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan. Antara aktiviti perniagaan yang layak dibiayai adalah seperti berikut:
- Aktiviti penanaman, penternakan (termasuk akuakultur) dan penangkapan ikan yang bertujuan bagi pengeluaran makanan.
- Aktiviti peruncitan dan pembekalan makanan termasuk yang melibatkan penghantaran dan pemasaran makanan.
- Aktiviti penyediaan makanan seperti restoran, penjaja, katering, penyedia makanan dan yang seumpamanya.
