PROGRAM PEMULIH MIKRO KREDIT
Program yang menawarkan pembiayaan kepada usahawan mikro sedia ada yang melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan perniagaan/projek bagi aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan makanan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan (penanaman, ternakan dan penangkapan), pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan.
Usahawan mikro sedia ada yang memenuhi ciri-ciri khusus seperti berikut:
Warganegara Malaysia- Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
- Perniagaan telah berjalan sekurang-kurangnya bagi tempoh enam (6) bulan dengan dibuktikan melalui dokumen yang relevan seperti lesen perniagaan atau perjanjian sewaan premis perniagaan atau dokumen-dokumen transaksi perniagaan atau pendaftaran perniagaan.
- Rekod Credit Tip Off Service (CTOS) atau lain-lain dokumen yang diterima oleh Agrobank yang menunjukkan tiada sebarang tindakan undang-undang yang masih berkuatkuasa ke atas pemohon.
- Tidak disenarai hitam dalam Anti-Money Laundering/Combating the Financing of Terrorism (AML/CFT) Watchlist atau mana-mana carian yang berkaitan.
