Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP)
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  Skim Pembiayaan Muda Usahawan  »  SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP)
SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP)

SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP)

Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.

Terdapat tiga (3) skop pensijilan myGAP iaitu:


1.  Tanaman (myGAP)

 

    a) Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia dan haiwan seperti sayur-sayuran, buah-buahan termasuk pengeluaran makanan untuk haiwan seperti napier dan jagung bijirin, atau

 

    b) Hasil adalah untuk tujuan penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan seperti daun pisang, daun buluh, daun palas, buluh.

 

2.  Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM)

 

    a) Hasil bukan tujuan dimakan oleh manusia dan haiwan, atau

 

    b) Hasil bukan tujuan untuk penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan.

Contoh : Florikultur atau tanaman hiasan.

 

3.  Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM)

 

  Untuk ladang lebah dan kelulut yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik.

Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan yang diberikan adalah secara PERCUMA.

https://www.doa.gov.my/doa/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/penerbitan/buku/garis_panduan_pensijilan_myGAP_tanaman_makanan.pdf

Paparan Penuh Klik Disini