AGRO INDUSTRIAL HIRE PURCHASE:AGRO IHP-i
Pembiayaan bagi membeli mesin, peralatan atau kenderaan komersial yang tidak tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Sewa Beli 1967 (juga dikenali sebagai Non-Act Goods) seperti traktor, mesin penuai, pemuat jengkaut dan lain-lain dan digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk pertanian dan/atau produk asas tani.
- Rakyat Malaysia dan/atau entiti perniagaan yang diperbadankan/didaftarkan di Malaysia.
- Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
- Pelanggan Individu dan Bukan Individu yang terlibat dalam bidang pertanian atau aktiviti asas tani atau sebarang aktiviti perniagaan yang terletak di kawasan warta pertanian.
- Aset hendaklah dibeli daripada panel pembekal/pengedar
