SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN KRAF
Objektif Pembiayaan:
Menyediakan pembiayaan modal bagi tujuan berikut:
- Merancakkan industri kraf di kalangan pengusaha kraf
- Membantu pengusaha kraf kategori mikro untuk mengembangkan perniagaan
- Membina rangkaian pengusaha kraf tempatan yang mapan
- Mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat dan graduan institut kraftangan
- Mengekalkan nilai budaya dan seni warisan tempatan
Tawarruq
Aturan dua kontrak jual beli untuk mendapatkan tunai:
Kontrak 1: TEKUN menjual komoditi kepada Usahawan dengan Harga Jualan (Jumlah Terhutang) secara ansuran.
Kontrak 2: Usahawan menjual komoditi kepada Pihak Ketiga dengan Harga Belian (Jumlah Pembiayaan) secara tunai.
Wakalah
Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.
