PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN
Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.
Siapa Yang Layak Memohon?
- Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah layak untuk memohon.
Syarat-syarat permohonan adalah:
- Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit.
- Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable).
- Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi.
- Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit.
- Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.
