PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)
Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.
