Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR)
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR)
AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR)

AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR)

Projek Agrobazaar merupakan sebuah premis milik FAMA atau milik usahawan yang dinaik taraf sebagai satu platform menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan serta lain-lain hasil berasaskan pertanian. Terdapat 4 komponen  dibawah Agrobazaar seperti berikut:-


  1. Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) .
  2. Agrobazaar Rakyat (ABR) 
  3. Agrobazaar R&R
  4. Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) 
  • Menjadi saluran alternatif bagi menyokong menjayakan matlamat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

  • Konsep baru perkhidmatan pemasaran secara bergerak kepada pengguna dengan produk dijual siap dibungkus, kemas, bersih dan teratur dengan harga yang kompetetif.

  • Meningkatkan kecekapan pemasaran hasil pertanian secara bergerak, bersifat komersial dan lebih sistematik.

  • Membuka luang pasaran yang lebih luas untuk Usahawan Tani memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara terus kepada pengguna dengan produk yang dijamin berkualiti dan selamat untuk dimakan.

  • Meningkatkan tahap keusahawanan petani & Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro agar lebih berdaya maju.

  • Mengintegrasikan program ini dengan kerjasama Jabatan/Agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

  • Sebagai model pengurusan penjaja bergerak secara sistematik, bersih dan kemas.

Perancangan rekabentuk signage, signboard, billboard, pylon, pillar / bahan promosi / penetapan imej. Penyediaan rekabentuk signage, signboard dan bahan-bahan promosi perlu dibuat sebelum operasi Agrobazaar bagi perkara seperti berikut;-


  • Papantanda perniagaan / signboard

Papantanda perniagaan pada setiap premis 

Ukuran papan tanda 10’ x 2’ atau mengikut kesesuaian premis

Berlampu / spotlight (mengikut kesesuaian)

 

  • Menu board/ papan tanda harga

Menyenaraikan kesemua menu yang dijual dan harga jualan dengan jelas

Ukuran: mengikut kesesuaian premis

Kedudukan peletakan : tempat yang mudah dibaca atau dilihat oleh pelanggan

 

  • Signage / tunjuk arah

Lokasi pemasangan :  1km dan 500m dari lokasi Agrobazaar untuk kedua-dua hala

Ukuran : Mengikut saiz yang disyorkan oleh pihak PBT /JKR/LLM. Sila rujuk peraturan pemasangan pihak berkuasa tempatan

 

  • Billboard 

Pemasangan mengikut kesesuaian dan mudah dilihat oleh pengguna

Ukuran : Mengikut saiz yang disyorkan oleh pihak PBT /JKR/LLM. Sila rujuk peraturan pemasangan pihak berkuasa tempatan.

 

  • Lain-lain bahan promosi (Bunting, banner, flagline)

Pemasangan mengikut kesesuaian dan mudah dilihat oleh pengguna

Ukuran : Bunting ( 2’ X 5’), Banner (3’ X 15’), Flagline (1’ x 1’) atau mengikut kesesuaian

Bangunan yang mempunyai lot-lot kedai didalamnya yang dibangunkan oleh FAMA dengan imej tersendiri dari segi rekabentuk dan warna cat.​

​​​​Berkonsepkan hentian rehat & rawat yang bersih, selesa dan santai. Lengkap dengan kemudahan tandas awam, surau dan tempat letak kenderaan selain daripada lot-lot perniagaan.

Premis perniagaan runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf untuk menjalankan perniagaan menjual barangan segar dan barangan keperluan harian secara runcit.

Sebagai platform penyaluran produk makanan kepada pengguna pada harga produk yang berpatutan.

Paparan Penuh Klik Disini