KREDIT MIKRO
Kredit Mikro adalah skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada komuniti usahawan mikro dan kategori B40.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) tahun hingga enam puluh lima (65) tahun semasa permohonan.
- Perniagaan telah dijalankan sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
- Tidak diisytiharkan bankrap.
- Tidak mempunyai rekod kegagalan pembayaran kredit dengan mana-mana institusi kewangan.
Membiayai aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan (seperti aktiviti penanaman, ternakan dan penangkapan ikan), pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.
- Borang Permohonan Kemudahan pembiayaan yang lengkap.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (sekiranya berkenaan, bagi permohonan bersama).
- Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
- Salinan Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Perniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
