TRANFORMASI PERNIAGAAN (BIT)
Program Business In Transformation (BIT) disediakan untuk membantu usahawan kecil menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan. Melalui latihan yang berkesan serta pilihan pembiayaan, kami dapat membantu mengembangkan perniagaan anda seterusnya dibangunkan ke arah perniagaan francais.
Bisnes
- Perniagaan patuh syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Jenama tempatan yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
- Perniagaan menguntungkan, berdaya maju dan sekurang-kurangnya satu (1) tahun beroperasi.
Pemilik
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak diisytiharkan muflis dan bebas daripada tindakan undang-undang.
- Tawaran pembiayaan kepada pelimik perniagaan (prafrancaisor) dan rakan niaga (prafrancaisi).
- Bimbingan dan latihan yang komprehensif.
- Bimbingan serta konsultasi bersama rakan strategik Pernas.
- Aktiviti promosi dan pemasaran untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan peserta program.
