SKIM PEMBIAYAAN TEMAN TEKUN
Menyediakan pembiayaan mikro berkumpulan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40.
Skim pembiayaan ini menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- Berumur 18 – 65 tahun.
- Telah menjalankan perniagaan, mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
- Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah.
- Permohonan pembiayaan RM5,000 dan kebawah, boleh dipohon dengan mengisi Borang Pengesahan Peniagaan tanpa mengemukakan Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) yang sah.
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
- Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
- Pembiayaan kali pertama had maksimum RM7,000.
- Pembiayaan kali kedua had maksimum RM14,000.
- Pembiayaan kali ketiga had maksimum RM20,000.
- Nilai pembiayaan hendaklah dipersetujui oleh ahli kumpulan dan PSAT.
- Kutipan bayaran ansuran pembiayaan dilaksanakan semasa Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN ( PSAT ) setiap minggu.
- Berkonsepkan jaminan kerjasama di antara ahli kumpulan dan PSAT.
- Ikrar TEMAN TEKUN dibaca pada setiap perjumpaan mingguan.
Kaedah Bayaran Ansuran Pembiayaan Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
- Perbankan Internet – Online Banking, Tekun Mobile Apps Borrower ( MAB )
- Kad Debit – Pejabat Cawangan
- Bayaran Tunai – PSAT, Pejabat Cawangan, Tekun Mobile Apps Collector ( MAC ), Cash Deposit Machine ( CDM ), Agen Bank Simpanan Nasional ( BSN )
- Kaunter – BSN, RHB dan POS
