RENT TO OWN (RTO)
Rent-To-Own (RTO) merupakan sebuah inisiatif bertujuan membantu usahawan bumiputera memiliki hartanah yang sedang disewa dalam menjalankan perniagaan.
- Perniagaan yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah
- Nilai harta semasa hartanah tersebut melebihi RM500,000 seperti yang disahkan oleh Panel Penilai PUNB
- Jenis hartanah/bangunan - lot kedai komersial atau bangunan perindustrian kecil
- Bangunan siap dibina beserta Perakuan Siap & Pematuhan (CCC)
- Terbuka kepada penyewa sedia ada yang telah beroperasi di premis tersebut dengan perjanjian sewaan (Ijarah) yang sah dan rekod pembayaran sewa yang baik
- Penyertaan RTO untuk satu individu/entiti adalah terhad kepada satu (1) hartanah dalam suatu tempoh masa RTO
