PROGRAM PEMBIAYAAN - PROSPER AUTOMOTIF
(PETRONAS AUTO EXPERT)
PETRONAS Auto Expert merupakan kerjasama PUNB dengan PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PETRONAS) dalam usaha untuk membantu usahawan lantikan PETRONAS mengembangkan perniagaan bengkel kereta di bawah jenama PETRONAS Auto Expert. Melalui program ini, PETRONAS akan menyediakan latihan, promosi, dana pembangunan dan peralatan perniagaan kepada usahawan.
Pembiayaan dari RM100 ribu hingga RM5 juta
- Permohonan terbuka kepada semua entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
- Entiti milikan tunggal dan perkongsian yang memohon pembiayaan RM300 ribu dan ke bawah boleh mengekalkan entiti sedia ada. Untuk permohonan melebihi RM300 ribu, entiti perlu diperbadankan sekiranya permohonan diluluskan.
