PROGRAM GROWBIZ 2024
Program GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil. GrowBiz dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan PMKS
GrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan (coaching) perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.
SME Corp. Malaysia akan membiayai 90% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz. Perusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 10% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM100.00 bagi pendaftaran Status PMKS.
