Ikuti Kami :
Bahasa:
logo peuter.jpg
stop center black
GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN
Home » Pembiayaan Perniagaan  »  Geran  »  GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN
GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN

GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN 

 

Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi (Bantuan Pembangunan).

Program ini bertujuan untuk menggiat dan meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju bagi meningkatkan pendapatan koperasi.


Objektif Program:

1.Bantuan kewangan kepada koperasi untuk melaksana, meningkat serta memantapkan perniagaan atau perusahaan yang diceburi


2.Menggalakkan penglibatan koperasi dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi;


3.Pemangkin untuk meningkatkan sumbangan perolehan koperasi menjelang tahun 2020;


4.Meningkatkan penguasaan koperasi dalam aktiviti di sepanjang rantaian bekalan (supply chain);


5.Meningkatkan budaya keusahawanan dan tahap profesionalisme; dan


6.Insentif ini memberi tumpuan kepada koperasi bersaiz mikro dan kecil sebagai booster untuk memulakan perniagaan dan dapat menaik taraf koperasi kepada kluster yang lebih baik.

Syarat-syarat Bantuan

 

1.Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (baharu/ sedia ada) dan diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);


2.Undang-undang kecil koperasi (UUK) membenarkan koperasi menjalankan aktiviti perniagaan mengikut sektor ekonomi;


3.Koperasi mempunyai pengurusan dan pentadbiran yang baik/memuaskan;


4.Koperasi mematuhi perundangan koperasi (Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi, Garis Panduan);


5.Koperasi mematuhi undang-undang lain yang berkaitan bagi melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut sektor ekonomi (jika berkaitan);


6.Koperasi memperoleh kebenaran/kelulusan dan lesen daripada pihak berkuasa tertentu bagi melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut sektor ekonomi (jika berkaitan);


7.Koperasi telah membuat kajian yang menyeluruh dari segi daya maju projek, potensi pasaran dan mampu untuk mengekalkan prestasi perniagaan dalam jangka panjang;


8.Koperasi tiada tunggakan bayaran balik pembiayaan TMP-JPK, Caruman KWAP, Fi Audit dan lain-lain bayaran statutori yang dikenakan oleh SKM;


9.Koperasi yang telah menerima Bantuan Pembangunan boleh memohon semula selepas tempoh tiga (3) tahun tertakluk kepada prestasi bantuan sebelum ini.


10.Satu perjanjian hendaklah ditandatangan antara koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memastikan geran bantuan pembangunan perniagaan yang diluluskan dibelanjakan secara berhemah dan memenuhi skop bantuan diberikan.


11.Dana bantuan hendaklah digunakan oleh koperasi sepertimana skop yang dinyatakan dalam perjanjian dalam tempoh enam (6) bulan selepas dana disalurkan.


12.Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan adalah MUKTAMAD, dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Paparan Penuh Klik Disini