DANA NELAYAN
Penubuhan Dana
Nelayan LKIM bertujuan untuk menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian bot dan
peralatan baru atau meningkatkan keupayaan bot yang sedia ada, pinjaman modal
operasi dan pinjaman segera/kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan projek
pemasaran ikan bagi PNK.
SKIM PINJAMAN
Sebanyak empat (4) skim pinjaman telah diperkenalkan bagi
memenuhi keperluan kredit golongan sasar seperti berikut :
i) Skim
Pinjaman Institusi Nelayan (SPIN)
ii) Skim
Pinjaman Nelayan Komersial (SNEK)
iii) Skim
Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED)
iv) Skim
Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP)
