PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO iTEKAD (BangKIT)
Program Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT adalah program yang menyediakan pembiayaan mikro mampu milik kepada segmen masyarakat yang kurang berkemampuan dan tidak layak memohon kemudahan pembiayaan perbankan biasa tetapi memerlukan modal kerja dan/atau pembiayaan untuk perbelanjaan modal. Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan dilengkapi dengan latihan perniagaan praktikal dan mentor oleh pembuat perubahan yang dilantik untuk kembangkan perniagaan dan kemampanan.
CARA UNTUK MEMOHON :
Permohonan beserta dokumen yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke: microfinance@bankislam.com.my
Rujuk Soalan-Soalan Lazim bagi
maklumat penuh program
